Sunday 6 March 2011

petua indicator MACD

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku belajar indicator MACD yang popular dikalangan trader2 saham.

MACD mule diperkenalkan oleh Gerald Appel.

berikut adalah cerita dan panduan mengenai MACD.:

MACD adalah indikator yang mengikuti trend, dan direka untuk mengenal pasti perubahan trend. Ini umumnya tidak disarankan untuk digunakan dalam keadaan pasaran yang tidak stabil. Tiga jenis isyarat trading dihasilkan:

* Garis MACD yang melintasi garis isyarat (signal line ynag berwrna merah)
* Garis MACD yang melintasi sifar
* Perbezaan antara harga dan level MACD

Melintasi garis isyarat adalah merupakan Peraturan perdagangan biasa. Sekiranya garisan MACD melintasi garisan signal keatas ia menandakan isyarat beli, sebaliknya sekiranya ia melintasi garisan signal ke bawah bersedialah untuk menjual.


garisan macD yang melintasi garisan sifar keatas dinamakn bullish manakala sebaliknya dinamakan bearish.

divergensi positif antara MACD dan harga timbul apabila harga membuat selloff baru yang rendah, tetapi MACD tdak berubah atau naik melebihihraga sebelumnya. Ini adalah bullish, menunjukkan kecenderungan untuk menurun mungkin hampir berakhir.

divergensi negatif adalah ketika harga membuat rally baru tinggi, tetapi MACD tidak naik setinggi dahulu, ini bearish.

Isyarat Trading
Pertama, periksa adakah harga pada trend yang baik. Jika MACD datar atau tetap dekat dengan garis sifar, pasaran tidak stabil.. indicator MACD tidak boleh diguna pakai.
main long ketika garis MACD melintasi garis isyarat dari bawah.
main short ketika garis MACD melintasi garis isyarat dari atas.

Isyarat jauh lebih kuat jika ada salah:
divergence pada garis MACD, atau
ayunan besar di atas atau di bawah garis sifar

slamat mencuba :-)

Saturday 5 March 2011

semangat yang hilang

Bismillahirahmanirahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, yang telah memberi peluang kepadaku untuk teruskan kehidupan sehingga ke hari ini.

26 tahun masa berlalu, dengar je macam lame. Tp rase baru semalam aku p lastik burung ngan kawan2 kat kampung.. rase baru je mingu lepas kene denda ngn guru besar sebab kantoi p berkubang kat sungai n hisap rokok.. haha.. baru darjah 5 dah pandai isap rokok..

klu diingat kembali kenangan lame.. sememangnye kite kan rase benda tu baru je berlalu.. kan2?
Tp, selalu je orang kate.. "past is past".. maksudnye.. xperlu ingat kenangan lame. lbih kurang cmtu la..

actually it depend on how we justify it.. klu perkara yang lepas tu mmbuatkan kita rase murung bile mengingat kembali.. better kite jngn ingat.. sebaliknye pula.. klu perkara yang lepastu mnjadi pemangkin kejayaan yang akan datang or mmbuatkan kite rase patut mnghargai jasa2 yang telah kita nikmati.. it more better untuk  dingat.

tp pada aku.. statement tu mmg betul.. kite hanya perlu fokus pada apa yang kita impikan.. teruskan apa yang kita usahakan.. pedulikan apa yang orang kate..misi perlu jelas.. perlu setiap hari tersemat di hati.. supaya secara tidak kite sedar, kadang2 ia akan membawa kita kepada apa yang kita impikan. it's called minda separa sedar.

semangat, keyakinan, berani bersuara, berani bertindak dngan cepat, dan sentiasa fokus dengan apa yang kita lakukan merupakan antara unsur komitment yang diperlukan dalam menuju impian.

setiap orang pasti ada impian masing2, hak memasing untuk menntukan diri sendiri. Orang yang xde impian, xde objektif dalam melakukan sesuatu hanya akan mensia2kan masa dan juga peluang yang kadang2 percuma di depan mata.

dengan jelas nye misi kite, kite akan lebih bersemangat melakukan tugas.. Tuhan sendiri suka pada orang yang bersungguh2 dalam melakukan setiap perkara.. so, cubalah melakukan sesuatu perkara dengan penuh komited dan perlu jelas ttg matlamatnya.

kekalkan semangat. teruskan usaha mencapai wawasan anda..

wsallm

*p/s: my first time blogging.. mnyedari akan kelemahan hasil penulisan ku.. xpe2.. cube lagi..